MELAPOR DIRI
Ini kali pertama saya menjejakkan kaki di Creative Design House, USM setelah berada di USM selama 3 tahun. Menurut surat tawaran penerimaan saya sebagai pelajar praktikal di sini, saya dikehendaki melapor diri pada jam 8 pagi. Alhamdulilah saya dan kawan- kawan berjaya sampai awal ke CDH. Setelah itu kami di sapa oleh En. Azeem selaku Ketua Pereka di CDH dan diminta untuk bergerak ke bilik meeting untuk diterangkan serba sedikit tentang CDH dan sistem rancangan untuk pelajar latihan industri oleh Encik Saiful, Pengurus cawangan CDH di kampus induk. Selepas itu, Encik Azeem membawa kami berjalan sekeliling pejabat untuk menjelaskan kepada kami setiap bahagian dalam CDH termasuk juga para kakitangan CDH (seperti dibawah) sebelum kami mengambil tempat masing-masing dan memulakan tugas.
MEREKA BENTUK
Setelah kami mengambil tempat masing-masing, Encik Anwar selaku Ketua Pereka di CDH memberikan tugas pertama kepada kami iaitu mereka bentuk banner untuk Karnival Pengajian Tinggi yang akan diadakan di USM dan rekaan perlu dihantar pada hari yang sama. Saya menggunakan konsep 'fun' untuk rekaan banner ini yang menggambarkan sebuah karnival untuk menarik minat pengguna sasaran iaitu para ibu bapa dan pelajar untuk datang ke karnival yang diadakan ini.