'PLASTIC COMBS
BINDING MACHINE'
Setiba sampai di pejabat, perkara baru yang saya dan
Aini belajar hari ini ialah cara menggunakan mesin
'plastic combs binding'. Mungkin bukan sesuatu yang
yang susah, tetapi ia satu penambahan untuk 'soft skills'
saya. Encik Zaidi dan Puan Suhaila memberikan tunjuk
ajar bagaimana untuk menggunakan mesin ini. Dan
saya berjaya membukukan satu buku.

MAJLIS PERUTUSAN TNC USM
Selepas itu, Encik Saiful mengarahkan kami, selaku pelajar latihan industri di CDH untuk ke Dewan Tuanku Syed Putra untuk menyertai para staf yang lain untuk mendengar perutusan TNC USM, Prof. Datuk Dr. Asma yang bertajuk "Mengatasi Bersama Kesan Tsunami Globalisasi.. Gaya USM". CDH juga turut terlibat dalam menjayakan majlis perutusan ini yang melibatkan rekabentuk banner untuk tujuan promosi, rekabentuk slide pembentangan TNC USM, dan perasmian buku Manual Perniagaan USM yang melibatkan rekabentuk buku dan replika muka depan buku sebagai simbolik perasmian. Di samping mendengar perutusan,
kami dapat melihat tayangan hasil kerja kami sendiri.
kami dapat melihat tayangan hasil kerja kami sendiri.