SESI FOTOGRAFI
Kami memulakan tugas dengan memilih untuk mengikuti staf CDH iaitu Encik Anwar dan Encik Nazer yang mempunyai temujanji untuk melakukan sesi fotografi bersama TNC USM, Prof. Datuk Dr. Asma yang terletak di pejabat beliau. Kami diamanahkan untuk membantu memasang peralatan bagi sesi fotografi kali ini. Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan untuk 3 tempat berbeza dan dibantu oleh jurugambar yang berpengalaman.
WEBLOG
Seterusnya saya memulakan rekabentuk weblog bagi tujuan catatan 'online' yang mengandungi portfolio dan catatan harian LI untuk rujukan supervisor di CDH dan juga para pensyarah yang akan menilai kami. Melalui cara ini para tenaga pendidik mudah melakukan proses penilaian. Saya dan rakan-rakan menggunakan aplikasi Weebly untuk merekabentuk weblog kami yang disyorkan oleh Encik Saiful.
BANNER PERUTUSAN
Kemudian bersempena perutusan TNC USM, Prof Datuk Dr. Asma yang akan berlangsung tidak lama lagi, kami diberi peluang untuk mereka bentuk rekaan banner bagi majlis tersebut sebagai tujuan promosi. Setiap daripada kami dikehendaki mereka bentuk dua rekaan yang bersesuai mengikut citarasa kami yang akan dikumpulkan untuk diusulkan kepada TNC. Encik Saiful sempat menunjukkan kepada saya teknik untuk menghasilkan latar belakang bercorak abstrak yang membantu menambahbaik rekaan saya. Sebelum balik saya berjaya menyiapkan satu rekaan untuk dihantar kepada Encik Anwar.