REKABENTUK BANNER DAN SLIDE
Kami (pelajar praktikal) diminta oleh Encik Anuar (selaku ketua projek) untuk merekabentuk satu rekaan banner dan slide bersempena Perutusan Tahunan Naib Canselor USM. Saya telah mendapat tunjuk ajar daripada Encik Saiful mengenai teknik bagi menghasilkan latarbelakang rekaan di bawah. Saya telah memilih warna pink yang simbolik kepada perempuan dan warna tema USM iaitu ungu dan oren kepada tajuk utama bagi mengekalkan identiti USM dan menyerlahkan lagi tajuk utama. Kami diminta menyiapkan rekaan ini pada hari yang sama.