MESIN CETAK STICKER
Encik Zaidi dan Encik nazer mengajarkan kami (para pelajar praktikal) cara untuk menggunakan mesin pemotong sticker yang berukuran A4 dan mesin 'heat press' bagi menghasilkan baju Universiti Sains Malaysia 1969 untuk digunapakai semasa Program Siri Syarahan Umum Pelantikan Profesor di Dewan Budaya pada 15 Mac nanti. Rekaan sticker perlu dipotong dan diasingkan terlebih dahulu sebelum dilakukan proses 'heat press' ke atas tshirt yang kita pilih. Proses heat press hanya mengambil masa 15 saat sahaja. Selepas itu, terhasil lah tshirt yang kita mahukan.