KURSUS ASAS PEMBUNGKUSAN KREATIF OLEH
ENCIK INDERA
Ia diadakan di Creative Design House yang melibatkan staff CDH dan pelajar praktikal, kursus ini dilakukan selama satu hari sahaja yang melibatkan penerangan oleh Encik Indera mengenai proses melakukan rekaan pembungkusan, asas rekaan pembungkusan, ciri pembungkusan yang baik, dan bengkel untuk kami mengaplikasikan secara terus maklumat yang kami perolehi. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan yang (melibatkan pihak staff dan pelajar) diberikan satu produk dan kami dikehendaki membuat analisis dan membentangkan idea bagi rekaan pembungkusan yang sesuai bagi produk tersebut.