KAD AHLI CDH
CDH merancang untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan terutama pelajar USM dengan memberikan kemudahan potongan harga kepada mereka melalui pelaksanaan kad ahli CDH. Antaranya perkhidmatan percetakan thesis, banner, streamer dan lain-lain. Kami ditugaskan untuk merekabentuk rupa kad ahli tersebut. Menurut pendapat En Azeem kad tersebut harus mengikut trand semasa, antara rujukan yang boleh dilihat ialah rekaan kad atm bank samaada luar dan dalam negara antaranya CIMB Bank, Maybank, Master card dan sebagainya. Saya telah berjaya menyiapkan dua rekaan. Rekaan pertama lebih kepada penggunaan bentuk segitiga yang sinonim dengan USM manakala rekaan kedua lebih kepada garisan dan effect neon yang menjurus kepada futuristik.
HAPPY CDH USM
Sebagai sokongan kepada tajuk perutusan TNC USM, Prof. Datuk Dr. Asma untuk memacu USM ke arah lebih baik yang menyentuh tajuk 'Happy Index', setiap jabatan di USM diminta untuk menyumbang satu video menarik untuk memberi gambaran 'Happy' menerusi lagu 'Happy' yang dinyanyikan oleh Pharrel Williams versi USM. CDH turut menyumbang satu video yang melibatkan semua staff termasuk kami para pelajar latihan industri. Moga USM terus maju di masa hadapan !
PANDANGAN PROFESIONAL
Saya berkesempatan untuk menanyakan kepada Encik Azeem mengenai jenis kertas yang digunakan dan tempat yang sesuai untuk melakukan percetakan seumpama 'giant' replika cover buku Manual Perniagaan USM yang dihasilkan oleh CDH bersempena Perutusan TNC USM. Maklumat ini sangat membantu bagi tujuan percetakan untuk 'final year project' saya nanti.