PANDANGAN PROFESIONAL
Saya dan Aini berjumpa dengan Encik Saiful bagi meminta pandangan beliau dari segi rekabentuk poster. Kami diberi maklumat tentang penggunaan gambar mengikut tema, susun atur kandungan, jenis font dan lain-lain selain di tunjukkan rujukan yang terdapat di CDH yang boleh dirujuk bagi memudahkan proses kerja merekabentuk untuk semua tugasan yang diberikan kepada kami.
TAKLIMAT
Selepas itu Encik Saiful meminta kami berkumpul di bilik mesyuarat bagi sesi taklimat mengenai tugasan kedepan untuk kami pelajar LI di CDH antaranya projek e-commerce melibatkan rekabentuk tshirt USM, rekabentuk brochure dan buku manual untuk CDH, mereka semula video pendek bagi tujuan promosi CDH dan banyak lagi.
SESI FOTOGRAFI
Kami dikumpulkan di studio fotografi CDH untuk sesi fotografi korporat bagi penyediaan gambar-gambar kami untuk percetakan kad matrik pelajar LI dan dimuatnaik ke dalam website CDH. Dari sesi ini juga kami diberi peluang untuk beraksi sebagai fotografer dan bertindak mengambil gambar terbaik bagi antara kami. Sebelum itu kami diberi tunjuk ajar oleh Encik Anwar mengenai 'setting' kamera, tempat, dan alatan yang terlibat.